HIAS KEHIDUPAN DENGAN ILMU

cari ilmu, kongsi ilmu dan amalkan ilmu.

    Hikmah perkahwinan

    Share

    Admin
    Admin

    Posts: 17
    Join date: 22/12/2008

    Hikmah perkahwinan

    Post  Admin on Wed Dec 24, 2008 10:18 am

    I love you Ada beberapa hikmah perkahwinan dalam pandangan Islam, diantaranya ;

    1.Perkahwinan dianggap sebagai satu daripada sunah para Nabi dan Rasul.

    2.Fitrah manusia. Setiap manusia mempunyai hawa nafsu dan perlu dipenuhi dengan jalan yang baik dan berakhlak.

    3.Kurniaan nikmat Allah ta’ala kepada hamba-hambaNya agar menerusi perkahwinan akan lahir pula zuriat keturunan yang beriman dan bertaqwa yang akan memakmurkan bumi Allah ini.

    4.Galakan untuk melaksanakan nikah kahwin meliputi semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang miskin. Islam ingin mengikis rasa takut, tidak mampu memikul tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak kerana Allah ta’ala menjamin rezeki mereka.

    Ini diperkuatkan oleh hadis Nabi Muhammad s.a.w ;
    Maksudnya “sesiapa yang meningalkan perkahwinan kerana takut kemiskinan maka ia bukanlah daripadaku.”

    5.Perkahwinan merupakan sebaik-baik jalan untuk memelihara maruah kesopanan diri seseorang.

    6.Mewujudkan perhubungan kasih sayang yang sepatutnya antara suami isteri. Setiap manusia di dunia inginkan kebahagian, kedamaian dan ketenteraman dalam hidup.

    7.Dapat menyuburkan perasaan keibubapaan dalam memberi perlindungan, pendidikan dan kesejahteraan kepada anak-anak.

    8.Melalui perkahwinan wujud disiplin rumah tangga melalui pengagihan tugas suami-isteri, ibu dan bapa yang membawa disiplin dan kesejahteraan keluarga serta masyarakat.

      Current date/time is Thu Jul 31, 2014 3:22 pm