Nikah dari segi bahasa :
Nikah berasalkan daripada perkataan arab. Maknanya ialah berkumpul atau berhimpun.
Nikah dari segi syara’ atau istilah :
Suatu akad (ijab dan kabul) bagi menyatukan lelaki dan perempuan dalam satu ikatan buat mengharuskan dan menghalalkan pergaulan dan persetubuhan menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh syara’.
Nikah juga dikenali dengan perkataan kahwin.
Allah menyebut dalam surah An-Nisaa ayat 3 :
Maksudnya “ Maka berkahwinlah (dengan) sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain) ; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja.”
Imam Bukhari merekodkan kata-kata Nabi Muhammad s.a.w :
“Wahai golongan pemuda sesiapa daripada kamu mempunyai perbelanjaan (kesanggupan) hendaklah ia berkahwin, kerana ia menutup mata dan mengawal kemaluan dan sesiapa yang tidak mampu hendaklah ia perpuasa kerana ia melemahkan tekanan nafsu.”
Sesungguhnya tiap-tiap manusia memerlukan kepada ketenteraman jiwa dan perasaan, ketenteraman ini tidak wujud melainkan ada rumah tangga dan keluarga yang sihat dari segi jasmani dan rohani serta ada isteri yang menjaga rumah tangganya dan anak-anak. Inilah sebabnya Allah ta’ala mensyariatkan perkahwinan dengan dijadikannya satu daripada pengurniaan dan nikmat yang besar terhadap makhluknya.