HIAS KEHIDUPAN DENGAN ILMU

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
HIAS KEHIDUPAN DENGAN ILMU

cari ilmu, kongsi ilmu dan amalkan ilmu.


    Wudhu..ada alternatif lain??

    Admin
    Admin
    Admin


    Posts : 17
    Join date : 22/12/2008

    Wudhu..ada alternatif lain?? Empty Wudhu..ada alternatif lain??

    Post  Admin Tue Dec 23, 2008 12:15 am

    Di antara perkara yang dituntut sebelum mendirikan sembahyang, umat Islam diwajibkan bersuci dari hadas kecil dan hadas besar.

    Cara bersuci dari hadas kecil ialah dengan berwudhu. Manakala cara bersuci dari hadas besar ialah dengan mandi wajib.

    Jika ketiadaan air, umat Islam tetap diwajibkan untuk mendirikan sembahyang fardhu. Bagaimana caranya Question Bukankah berwudhu dan mandi wajib itu dengan menggunakan air Question Question Exclamation

    Idea Di sini dikenalkan istilah tayammum.

    Arrow Maksud tayammum itu ialah sebagai ganti wudhu untuk membolehkan seseorang itu bersembahyang. Tayammum itu hanyalah untuk membolehkan seseorang itu bersembahyang semasa ketiadaan air. Ia bukan bermakna dengan bertayammum itu dia sudah mengangkat hadas kecil atau hadas besar. Seseorang itu tetap dalam keadaan hadas kecil atau hadas besar sehinggalah dia berwudhu atau mandi wajib. Setelah mendapat air yang mencukupi untuk berwudhu atau mandi wajib, seseorang itu mestilah mengangkat hadas kecil atau hadas besar sebelum mendirikan sembahyang.

    Arrow Rukun tayammum :
    1. Niat (Sahaja aku bertayammum untuk membolehkan aku bersembahyang)
    2. Memindahkan debu tanah ke anggota tayammum iaitu muka dan kedua tangan hingga siku.
    3. Menyapukan debu ke muka.
    4. Menyapukan debu ke dua tangan hingga ke siku.
    5. Tertib

    study Setiap kali hendak bersembahyang fardhu hendaklah bertayammum, walaupun tidak ada perkara yang membatalkan tayammumnya. Tidak boleh menghimpunkan beberapa sembahyang fardhu dengan satu tayammum saja. Tetapi jika bersembahyang fardhu kemudian diikuti dengan sembahyang sunat atau beberapa sembahyang sunat dengan satu tayammum, tidaklah mengapa, ianya dibolehkan.

    Jika terjadi perkara-perkara yang membatalkan wudhu, batallah juga tayammumnya.

    Dan jika telah mendapati air yang mencukupi untuk berwudhu maka dengan serta merta tayammumnya pun batal.

    study Bertayammum adalah untuk membolehkan seseorang itu melaksanakan ibadah (yang memerlukan ia dalam keadaan suci dari hadas) sepeti memegang Al-Quran, tawaf dan sembahyang semasa ketiadaan air ataupun semasa tidak boleh menggunakan air kerana darurat (sebab penyakit atau berbalut dan sebagainya), tidak kiralah jika waktu itu dia sedang dalam hadas kecil ataupun hadas besar.

    Idea Ini bermakna, sembahyang itu tetap wajib dikerjakan dalam apa keadaan sekalipun bahkan dalam situasi-situasi yang tertentu dibolehkan bersembahyang tanpa wudhu (sembahyang menghormati waktu). Begitulah kepentingan sembahyang bagi umat Islam. Allah telah menetapkan bahawa sembahyang adalah perkara yang paling utama dari segala-galanya. Oleh itu sama-samalah kita tanamkan dalam hati kita untuk sentiasa mengerjakan sembahyang fardhu dan dihindarkan diri dari perasaan malas atau lalai dari mengerjakannya. Smile I love you Smile Question Question

      Similar topics

      -

      Current date/time is Sat Apr 20, 2024 1:07 am